BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
AssaLamUaLaiKum...
PlEaSe eNjOy yOurSeLf...
pLeaSe LefT sOmE cOmmEnT...

Khamis, 9 Jun 2011

FirSt SonG..


This actually the first song that we compose together.... walaupun ada music mistake.. kita Lyn jer k...

JamMinG!!

CaRmE ReCorD

Ahad, 6 Februari 2011

It'S CaRmE




Muhd Nazirul Affiq b Hamjah ( Vokalist )
Mohd. Nurhishyam b Morzaidie ( Guitar )
Mohd Fazrul b Wahab ( Drum)
Zulhafiq bin Mortada ( Guitar )

Sabtu, 5 Februari 2011

NiKmAt DuNiA



Pernahku hidup bagai neraka
Yang penuh derita dan sengsara
Namun dugaan tak selamanya
Cuma ujian yang Esa


Tiba masanya
Yang derita jadi bahagia
Yang duka jadi tawa
Bagai dunia aku yang berkuasa
Itulah nikmat dunia


Alpa dan leka jadi senjata
Jika diri tidak bermaya
Tumbangnya dengan mudah
Tanpa berhujah tanpa bermadah
Nikmat berhijrah
Beralih arah tuju
Menjadi gelisah


LirIk   : CaRmE
MuSik : CaRmE

AKU YANG TEWAS



Saat matamu bersinar
Berkilau bagaikan permata
Yang bakal membawakan
Cahaya dari syurga..


Senyuman menguntum di wajahku
Riang ria selalu
Siang malamku berseri selalu
Kerana aku bersamamu....


Kini..
Semuanya hanya mimpi semata
Yang indah jadi luka
bagai matahari tiada cahaya
Aku yang tewas dengannya
Aku yang tergoda dengannya
Ku kini tiada makna....




Kini..
Semuanya hanya mimpi semata
Yang indah jadi luka
Bagai matahari tiada cahaya
Aku yang tewas dengannya
Aku yang tergoda dengannya
Ku kini tiada makna....

Andaiku tahu ianya hanya dusta
Takkan ku tergoda dengannya
Takkanku terpesona dengannya...


Lirik : ZuL
MusiK : ZuL

Jumaat, 4 Februari 2011

BiLa Kau MahU

BiLa KaU MahU


Luahkan isi hati kosongmu
Jika kau masih setia..
Ingatkan waktu sukamu
Bila kita bersama...


Pegang dan dakap jasadku 
Ku yakin kaukan mengerti
Gengam tanganku
Bawaku pergi...
Tak usah kau berpaling lagi...


Dan bawaku pergi bila kau mahu
Dan kembali bila kau sudi
Ku mahu kau mengerti
Bahwa dirikukan tetap
Disampingmu


Tapi kau tinggalkan aku
Menyendiri
Sepi...



Dan bawaku pergi bila kau mahu
Dan kembali bila kau sudi
Ku mahu kau mengerti
Bahwa dirikukan tetap
Disampingmu




Lirik : SaM
Musik : Sam & CarMe

MeNcArI HaKiKi

Enjoy Our First Song..
Please Yourself  to Comment..
Mencari Hakiki


Bermimpi selalu
Saat malam menjelang
Aku ketandusan kecekalan
Untuk melawan perasaan dah khayalan...


Tertanya-tanya bagai nak gila
Terpinga-pinga saat disapa
Ibarat ingatan hilang sementara
Terkapai-kapai mencari sinar cahaya...


Adakah nyata yang ku alami
Atau cuma fantasi yang sekadar menghiasi mimpi..
Ditemani tiupan sang bayu dan sinaran mentari
untuk mencari yang hakiki...


Tertanya-tanya bagai nak gila
Terpinga-pinga saat disapa
Ibarat ingatan hilang sementara
Terkapai-kapai mencari sinar cahaya...